Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis (20-31 Mac 2023)

DISKAUN SAMAN SEHINGGA 60% SEMPENA HARI POLIS KE-216

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik

Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis

Diskaun saman PDRM telah diwar-warkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dengan posting notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

Pengurangan saman sehingga 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Diskaun saman PDRM

Pengurangan saman ini adalah bersempena Hari Polis ke-216.

Pengurangan Kompaun TIDAK Ditawarkan bagi kesalahan berikut:

  1. Kemalangan
  2. Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
  3. Saman Berstatus Waran (W)
  4. Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
  5. Memotong Secara Berbahaya
  6. Menggunakan Lorong Kecemasan
  7. Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NV)
  8. Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  9. Memotong Di Garisan Berkembar
  10. Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
  11. Saman Berstatus OP Selamat

Cara Pembayaran

  • PEMBAYARAN SECARA MANUAL DI KAUNTER
    • Bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara
    • Bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023

Sumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top