Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Maksima RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah satu skim yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu keluarga yang mempunyai anak bawah 18 tahun.

Skim ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan untuk memenuhi keperluan asas anak-anak mereka seperti makanan, pakaian, dan pendidikan.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Antaranya termasuk pendapatan bulanan keluarga yang ditetapkan dan memiliki anak bawah 18 tahun.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, bantuan kewangan akan diberikan setiap bulan dan jumlah yang diterima akan bergantung kepada bilangan anak dan pendapatan keluarga.

Untuk memohon, anda boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal e-Kasih atau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat dengan alamat dan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan ibu bapa, salinan akuan kelahiran anak-anak, dan bukti pendapatan.

Bantuan kanak-kanak

KADAR

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

TUJUAN

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Sila rujuk laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kanak-Kanak.

Maklumat lebih lanjut mengenai skim bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh layari laman rasmi di SINI.

Terdapat pelbagai bantuan dari JKM. Semoga bermanfaat.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Maksima RM1000 Sebulan”

Comments are closed.

Scroll to Top