Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) RM450

Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) RM450, mohon sekerang kepada para bakal ibu yang menetap di Negeri Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 untuk para ibu

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB)

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian yang berjumlah RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap golongan ibu yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan yang berstatus ‘K’.

Permohonan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang bakal bergelar ibu.

Anda boleh memohon bantuan ini setiap kali anda bersalin dengan syarat permohonan mesti dibuat sebelum usia bayi menjejak 3 bulan kelahiran.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Ibu merupakan pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad tersebut
  • Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Perlu memohon paling lewat selepas 3 bulan melahirkan

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.

Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB)

KADAR BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Kadar jumlah untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah bernilai:

  • RM450

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Berikut adalah syarat-syarat permohonn untuk Bantuan Ibu Bersalin:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu adalah pemegang Kad Pengenalan SARAWAK yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan SARAWAK berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di luar ataupun di dalam Sarawak; dan
  • Permohonan boleh diilakukan apabila kandungan telah mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas waktu bersaliin.

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Semua permohonan untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah wajib disertakan sekali dengan dokumen-dokumen yang seperti berikut:

  • Salinan kad Pengenalan/ Passport ibu;
  • Salinan kad Pengenalan/ Passport Pasangan ataupun Penjaga;
  • Salinan Sijil Perkahwinan jika pemohon bukanlah berstatus ‘K’;
  • Salinan buku Rekod Kesihatan Ibu;
  • Salinan Penyata Akaun Bank terkini; dan
  • Salinan Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi atau Surat Pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada Pegawai Perubatan.
Bantuan ibu bersalin (BIB) 2023

CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Proses permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dilakukan menerusi:

  • Secara dalam talian (online) di aplikasi iSarawakCare
  • Muat turun aplikasi iSarawakCare di Google Play Store dan Apple App Store
  • Maklumat Lanjut: https://isarawakcare.sarawak.gov.my
  • Secara manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut:
  • KLIK DISINI: BORANG PERMOHONAN
Carta alir permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2023

Muat turun aplikasi iSarawak Care

Permohonan juga boleh dibuat terus melalui aplikasi mudah alih iSarawak Care.

Untuk muat turun, boleh dapatkan melalui halaman https://kenyalanggold.com/isarawakcare-app/

Buat masa ini aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja dan aplikasi untuk pengguna iOS bakal tersedia pada masa hadapan.

Kaedah Penghantaran Borang

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:

Peringatan Penting

Sekiranya terdapat maklumat palsu yang digunakan ketika mengisi borang permohonan, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

  • Untuk proses semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi emel di pautan e-mel berikut: 
  • [email protected]
  • atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare (Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store)
  • Untuk mengetahui mengenai lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB), 
  • sila KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat persoalan lain mengenai bantuan ini, anda boleh merujuk bahagian yang mengendalikan bantuan ini seperti maklumat berikut:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-311340 / 082-311718
E-mel: [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top