Terkini! E-Wallet RM300 Telah Mula Dikreditkan

Terkini! E-Wallet RM300 telah mula dikreditkan ke dalam aplikasi Selangkah Wavpay E-Wallet.

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

E-Wallet RM300 BINGKAS

E-Wallet RM300 BINGKAS adalah program bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor berbentuk e-wallet dan diberi sebanyak RM300 setiap bulan.

Umumnya bantuan ini lebih tertumpu kepada “keperluan barang dapur”.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.”

Manfaat BINGKAS

Terkini! E-Wallet RM300 Telah Mula Dikreditkan
  1. E-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet).
  3. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Cara Pembelian

Cara pembelian BINGKAS

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Cara Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.

Permohonan yang telah lulus akan terus dikreditkan ke dalam eWallet WavPay.

E-wallet RM300

Cara Semak Kelulusan

Pemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah.

Bagi menyemak kredit, boleh masuk terus ke akaun eWallet Wavpay.

Maklumat Lanjut BINGKAS Selangor

Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:

  1. Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600
  2. Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat
  3. Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

14 thoughts on “Terkini! E-Wallet RM300 Telah Mula Dikreditkan”

Comments are closed.

Scroll to Top