Skip to content

Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan Bantuan Kanak-kanak ini merupakan salah satu strategi yang dilaksanakan oleh JKM untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak.

Bantuan khas yang disediakan untuk kanak-kanak dinegara ini telah diwujudkan bagi membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang kurang berkemampuan.

Bantuan Kanak-Kanak RM1000

Bantuan Kanak-kanak ini merupakan salah satu strategi yang dilaksanakan oleh JKM untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak.

Bantuan Kanak-kanak ini bertujuan untuk membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelansungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Seterusnya, program ini juga adalah bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih saying dan perhatian.

KADAR BAYARAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan kadar bayaran minimum sebanyak RM150 sebulan kepada penerima yang layak dan akan mencecah maksimum sehingga RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah,
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun; DAN
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/ Keluarga sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN

1). Warganegara yang bermastautin di Malaysia

2). Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak

3). Purata pendapatan isi rumah tidak melebihi

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; ATAU
  • PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

4). Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun

5). Bagi yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

PERMOHONAN

  1. Permohonan boleh dibuat di seluruh negara iaitu melalui peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian.
  2. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  3. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan Penyata Gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

BORANG BERKAITAN

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.