Skip to content

Bantuan RISDA 2023

Bantuan RISDA 2023 telah ditingkatkan daripada jumlah RM 600 kepada jumlah RM 800. Dan juga telah ditingkatkan daripada Dua Bulan kepada Empat Bulan.

Bantuan ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dimana ia adalah inisiatif daripada Kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil/ penoreh getah yang berkelayakan sewaktu dilanda musim tengkujuh.

Berikut adalah perkongsian lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

KELAYAKAN UNTUK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023

Berikut adalah kelayakan untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023:

  • 1 Lot hanya untuk SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil ataupun Penoreh) yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya berkelayakan untuk menerima bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk sekali sahaja

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah yang Memiliki dan juga Mengusahakan Lot Bertanam Getah):

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah diantara 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik Tanah yang sah
  • 1 Lot Tanah hanya seorang sahaja pemilik/ penama yang berlayakan untuk menerima bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah):

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot yang berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • 1 Lot Tanah hanya seorang sahaja penoreh/ penama yang berkelayakan untuk menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih lagi sah sewaktu melakukan permohonan

KADAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023

Berikut merupakan jumlah untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023:

Jumlah dan juga tempoh bayaran untuk tahun 2023 adalah:

  • telah ditingkatkan daripada jumlah RM 600 kepada jumlah RM 800; Dan
  • telah ditingkatkan daripada Dua Bulan kepada Empat Bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)

CARA PEMBAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023

Berikut merupakan cara pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023:

  • Kesemua penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus kepada akaun penerima yang layak oleh RISDA

CARA MEMOHON UNTUK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023

Untuk mememohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023, sila layari laman sesawang Bajet Menteri Kewangan di pautan yang berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.