Bantuan Kewangan JKKN RM15,000

JKKN adalah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

JKKN menawarkan empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Berikut adalah insentif-insentif yang ditawarkan; 

  • Insentif Seni Kewangan
  • Insentif Seni Ruang
  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

Namun hari ini pihak kami mengutarakan Insentif Seni Kewangan sahaja, manaka insentif-insentif lain anda boleh melawat di portal rasmi JKKN.

Objektif Utama Insentif Seni

  • Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan dan produk seni budaya;
  • Menggalakkan penghasilan karya dan produk seni yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi;
  • Membangunkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam bidang seni budaya;
  •  Menjadikan kompleks JKKN sebagai pusat sehenti program dan aktiviti seni budaya;
  • Memperkasakan BBK dan penggiat seni melalui khidmat nasihat dan tunjuk ajar;
  • Membantu menghebahkan program dan aktiviti seni budaya anjuran BBK dan penggiat seni; dan
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat mengenai seni dan budaya. 


* Badan Bukan Kerajaan (BBK) = Non-Government Organisation (NGO)

TARIKH-TARIKH PENTING

  • TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI I
    • 9 Februari 2022
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI I
    • 25 Februari 2022
  • TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI II
    • 9 Mei 2022
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI II
    • 27 Mei 2022
  • TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI III
    • 1 Ogos 2022
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI III
    • 19 Ogos 2022
  1. Bantuan kewangan berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program/ aktiviti seni dan budaya.
  2. Maksimum pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ribu Sahaja)
  3. NGO seni budaya mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966;
  4. Universiti Awam yang permohonannya hendaklah melalui Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM);
  5. Yayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan. (Dokumen yang menyatakan Yayasan tersebut bukan bersifat keuntungan)
  6. Semua pemohon wajib mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN di dalam laman sesawang JKKN di bawah Perkhidmatan – BBK Seni Budaya – Borang Permohonan (http://www.jkkn.gov.my/ms/bbk-seni-budaya).
  7. Status pemohon masih AKTIF ketika tarikh permohonan dan program.
  8. Pertimbangan hanya kepada program yang dilaksanakan antara Mac 2022 sehingga 31 Oktober 2022 sahaja
  9. Berikut adalah skop program / aktiviti seni budaya yang akan dipertimbangkan untuk bantuan;

    9.1 Pembangunan Kandungan;
    9.2 Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan;
    9.3 Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya;
    9.4 Pembangunan Modal Insan Seni;
    9.5 Program Jangkauan Seni Budaya; dan 
    9.6 Program Penyemarakan Seni Budaya.
  10. Keutamaan pertimbangan adalah bagi program/ aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia.
  11. Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pegawai penyelaras di JKKN negeri.

LAMPIRAN

  • SENARAI NAMA PEGAWAI PENYELARAS INSENTIF SENI  DI JKKN NEGERI
  • GARIS PANDUAN PERMOHONAN INSENTIF SENI KEWANGAN 2022
  • BORANG PERMOHONAN INSENTIF SENI KEWANGAN 2022
  • FORMAT DAN CONTOH KERTAS KERJA INSENTIF KEWANGAN 2022
  • FORMAT GARIS PANDUAN LAPORAN INSENTIF SENI KEWANGAN 2022
  • GARIS PANDUAN INSENTIF SENI RUANG 2022

Setiap lampiran di atas boleh di muat turun melalui laman portal rasmi JKKN : www.jkkn.gov.my

Badan yang boleh dihubungi adalah:

Bahagian Pengukuhan Seni Dan Budaya (PS&B)
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN)
Aras 30, Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03 2614 8200 / 8264 / 8233 / 8293 
No.Faks       : 03 2697 1066
E-Mel          : psnb[at]jkkn.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top