Cara Kawal Anxiety Atau Panic Attack

Sejak akhir-akhir ini ditambah lagi musim Pandemik Covid dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai orang viralkan tentang penyakit gangguan kebimbangan melampau (anxiety) atau panic attack.

Tidak dapat dinafikan kes ini semakin meningkat semenjak dua menjak ini, adalah berkemungkinan akibat ekonomi meleset, akibat Covid-19, pembuangan pekerja atau sebagainya.

Penyakit anxiety, panic attack, kemurungan atau kerisauan melampau ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami kelemahan dari segi mental dan fizikal.

Apakah Panic Attack?

Dari sudut psikiatri, penyakit ini terdapat pelbagai jenis. Antaranya ialah panic attack atau dalam bahasa serangan panik, dimana serangan panik terjadi pada bila-bila masa terhadap seseorang individu. Sesiapapun boleh mengalami serangan panik ini, selama seminit sehingga lah 30 minit.

Bagaimana nak tahu anda di serang panic attack? Sekurangnya anda mengalami 4 dari 13 simptom di bawah :

  • 1. Jantung berdegup laju
  • 2. Sakit dada
  • 3. Rasa sesak nafas
  • 4. Rasa tercekik
  • 5. Rasa melayang
  • 6. Badan menggeletar
  • 7. Berpeluh
  • 8. Kebas kaki / tangan
  • 9. Rasa loya
  • 10. Perasaan takut mati
  • 11. Perasaan takut hilang kawalan
  • 12. Pening atau hampir pengsan
  • 13. Rasa panas / sejuk tanpa sebab.

Serangan diikuti dengan kerisauan melampau berpanjangan dan didiagnos sebagai penyakit panik. Simptom panik boleh menyerupai penyakit lain seperti masalah ritma jantung atau masalah tiroid. Serangan teruk boleh mengakibatkan hilang kepentingan dalam sosial, pekerjaan dan personaliti.

Serangan panik boleh membuatkan pesakit seolah-olah mahu mati. Kebanyakan individu yg berdepan serangan panik juga mengalami kemurungan.

Dapatkan bantuan pakar psikiatri segera!

Anxiety Disorders

Anxiety Disorders merupakan satu dari macam-macam penyakit mental yang umum terjadi. Keadaan di mana seseorang mengalami gangguan kecemasan saat merespons suatu objek atau situasi. Biasanya penderita mengalami rasa ketakutan yang cukup hebat disertai dengan perubahan tanda fisik, antara lain detak jantung yang semakin cepat dan berkeringat.

Kecemasan di tempat umum atau keramaian, kepanikan dan fobia terhadap sesuatu, termasuk dalam Anxiety Disorders ini. Kalau kamu pernah merasa gugup berlebihan ketika tampil di depan umum, kemungkinan kamu mengalami gangguan ini.

Antara simptom Anxiety Disorder adalah:

  1. Kerisauan berpanjangan atau obsesi terhadap sesuatu hal kecil mahupun besar
  2. Kesukaran dalam melepaskan kerisauan
  3. Tiada abiliti untuk tenang
  4. Kesukaran untuk fokus, minda terasa kosong
  5. Stress dalam melakukan pilihan atau takut dalam tersalah memilih keputusan
  6. Setiap keadaan pilihan yang difikirkan adalah negatif
  7. Terasa penat tanpa sebab
  8. Lenguh otot
  9. Tidur tidak teratur atau tidak lena
  10. Menggigil
  11. Sakit kepala
  12. Loya atau muntah-muntah, cirit birit
  13. Berpeluh
  14. Senang rasa terkejut, atau tiba-tiba terkejut

Tahap anxiety ini terdapat pelbagai seperti dari tahap ringan seperti masih mampu bersosial dan melakukan aktiviti rutin harian. Manakala dari kes lain, individu tersebut tidak mampu menghentikan fikiran cemas tersebut. Fikiran cemas akan berlegar di minda tanpa henti dan berulang-kali. Apabila berada pada tahap yang tinggi, individu terbabit akan tidak mampu untuk lakukan perkara normal seperti bersosial, melakukan aktiviti rutin pekerjaan, atau perkara penting.

Terdapat beberapa faktor yang membuatkan individu mengalami Anxiety Disorder, antaranya:

  1. Biologikal
    • Terdapat kajian mengatakan bahawa perubahan fungsi pada otak minda
  2. Faktor keluarga
    • Individu yang mempunyai latar belakang keluarga memiliki masalah mental, akan tetapi tidak bermaksud individu tersebut secara automatik mengalami anxiety disorder jika ibubapa atau keluarga terdekat ada masalah kesihatan mental
  3. Kehidupan yang stress
    • Individu akan mengalami risiko sekiranya mengalami stress terlampau dalam kehidupan seperti masalah kewangan, hubungan bermasalah, penderaan fizikal atau seksual ataupun trauma ketika zaman kanak-kanak
  4. Faktor psikologi
    • Sesetengah ciri personalti cenderung untuk diserang anxiety seperti bersifat perfeksionis dan mudah terasa sensitif

CARA ATAU AMALAN YANG DIGALAKKAN

  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Lakukan senaman setiap hari
  • Amal pemakanan seimbang
  • Elakkan minum kafein dan alkohol
  • Jangan merokok, seeloknya berhenti
  • Libatkan diri dalam kumpulan sokongan
  • Kekal tenang dan fikir positif

Dapatkan bantuan lebih awal, sekiranya anda atau rakan terdapat simptom awal, maka dinasihatkan supaya berjumpa pakar kesihatan terdekat.

Antara amalan lain adalah:

  • Meditasi
  • Psychotherapy
  • Relaxation – lakukan latihan deep breathing
  • Amal kehidupan sihat

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top