Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB

Zaman milenial sekarang dah boleh melakukan pelbagai aktiviti penting dengan hanya menggunakan telefon pintar, bak kata orang hanya menggunakan hujung jari sahaja.

MyANSB telah mewujudkan aplikasi digital yang boleh diakses untuk membuka akaun secara dalam talian sepenuhnya dan melakukan transaksi secara dalam talian(online). Dengan itu, kini anda tak perlu menunggu giliran di kaunter ASNB mahupun bank atau pejabat pos.

Apakah ASB dan MyASNB? ASB atau Amanah Saham Berhad ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.

Melalui ASB, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh dapat dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank sahaja!)

MyASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

Di bawah adalah antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB :

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Cara Buka Akaun ASB & Daftar ASNB Online

Kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu, pelaburan menerusi aplikasi myASNB permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

Langkah untuk membuka akaun pelaburan ASNB adalah seperti dibawah:

Langkah 1

Muat turun aplikasi myASNB.

Akaun asb

Langkah 2

Sila sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
Sila isi maklumat di ruang yang disediakan.

Langkah 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.

Langkah 4

Sila pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
Sila pilih kaedah pembayaran melalui pilihan bank yang tersedia.

Pembukaan dan pendaftaran Akaun anda selesai! Anda kini sudah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Maklumat Lanjut 

Pastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang telah dikemaskini. 

Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain.

Sila Join Telegram MyNewskini
Portal informasi semasa 2022
https://t.me/mynewskini

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top