Cara Hilangkan Kontak Kasual (Casual Contact) MySejahtera

Pandemik Covid-19 yang kembali dengan varian Omicron, ramai orang yang terkesan. Sehubungan dengan itu, aplikasi MySejahtera juga berubah daripada berwarna biru kepada kuning mahupun merah.

Hal ini boleh dikatakan mengganggu di kalangan rakyat, kerana kebanyakan orang yang tidak terkena jangkitan virus juga akan tiba-tiba dapat notifikasi ‘close contact’ dalam aplikasi MySejahtera itu.

Namun hal yang demikian, perkara ini seharusnya diikuti dengan SOP atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak KKM, dan anda tidak perlu risau mahupun panik.

MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.

BAGAIMANA TERJADI KONTAK KASUAL

Kontak kasual tidak bergejala ini biasanya akan terjadi pada masa dan tempat pendaftaran ‘check-in’ di premis yang pernah anda masuki atau kunjungi sebelum ini.

APA TINDAKAN JIKA MySEJAHTERA BERTUKAR KONTAK KASUAL

  • Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 10 hari. Anda boleh keluar seperti biasa tak perlu lakukan ujian swab test RTK mahupun PCR.
  • Anda tidak perlu menjalani kuarantin, anda boleh datang kerja seperti biasa.
  • Terdapat kedai / premis juga masih menerima mereka yang mempunyai status kuning ini. Namun ada juga kedai/premis yang akan menyemak profil anda.
  • Anda dinasihati atau digalakkan supaya membuat penilaian kendiri harian diruangan ‘Perlu Dilakukan’.
  • Anda juga boleh hadir ke PPV untuk tujuan vaksinasi.
  • Jika anda bergejala, sila rujuk di pusat kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
  • Jika tiada gejala yang dialami, tidak perlu menjani ujian RTK ataupun ujian pengesanan Covid-19 yang lain

CARA HILANGKAN STATUS KUNING CLOSE CONTACT

Buka aplikasi my sejahtera

  • Klik button close pada bahagian kanan atas
  • Klik pada status Covid-19
  • Klik pelu dilakukan / ‘things to do’
  • Jawab semua soalan berkaitan
  • Klik refresh

Selain itu, anda juga boleh guna helpdesk sekiranya lebih 10 hari masih status kuning close contact

  • klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru.
  • Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko
  • dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat atau pertanyaan tentang lupa kata laluan MySejahtera ataupun status vaksinasi tidak dikemaskini anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top