Program Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia (MyStep)

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Bagi tahun 2022, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

Satu program karnival kerjaya telah diadakan pada 19hb Februari 2022, ia dinamakan sebagai Program Pelancaran Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri.

Antara yang diketengahkan pada pelancaran tersebut adalah:

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu:

  • Insentif Penggajian yang akan dilaksanakan oleh perkeso.official dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan;
  • Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik Kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja; dan
  • Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia) yang dilaksanakan @hrdcorp dengan menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 orang pelatih.

Ketahui inisiatif-inisiatif JaminKerja Bajet 2022 di laman website budget.mof.gov.my/manfaat/jaminkerja

  • Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
    1. Penempatan di Sektor Awam
    2. Penempatan di GLC dan rakan strategik
  • Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
    1. Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam
    2. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  • Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
    1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
    2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023
  • Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Syarat Kelayakan MyStep:

Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

GLC / Rakan Strategik

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/rakan strategik masing-masing

Kadar Upah / Bayaran MySTEP

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:

1. Setaraf Ijazah Sarjana Muda
Sektor Awam Kadar RM2000
GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* RM2000

2. Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Sektor Awam Kadar RM1800
GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* RM1800

3. Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sektor Awam Kadar RM1600
GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* RM1600

4. Tiada Sijil Pelajaran Malaysia
Sektor Awam Kadar RM1400
GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* RM-

Cara memohon dan tempoh tarikh permohonan:

  • Tempoh permohonan: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. CV atau Resume
    2. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
  • Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top