Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangka skim bantuan kebajikan  untuk warga emas yang berumur 60 tahun  dan ke atas melalui Bantuan Warga Emas (BWE).

Bagi bantuan warga emas di Malaysia diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan Warga Emas (BWE) telah disediakan oleh Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun pihak kami berkongsi beberapa info dan maklumat yang perlu diketahui sebelum memohon bantuan tersebut.

Jumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah daripada RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 tahun lalu.

TUJUAN BANTUAN (BWE)

Bantuan ini disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BANTUAN (BWE)

  • RM500 sebulan seorang

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS (BWE)

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di 
  • Institut kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;

ATAU

  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Nota : Pelaksanaa bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama

Nota : Pelaksanaa bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama(Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

CARA PERMOHONAN (BWE)

Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dibuat melalui:-

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • Jajahan
  • Bahagian  (di seluruh negara).

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

DOKUMEN SOKONGAN (BWE)

Untuk memudahkan urusan pentadbiran,pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 

DAN

  • Lain-lain dokumen yang berkaitan 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top