KEKOSONGAN JAWATAN UiTM SABAH (Februari 2022)

Warganegara Malaysia yang berstatus bumiputera dan bukan bumiputera dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dipelawa untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh UiTM Cawangan Sabah.

Pelbagai jawatan yang ditawarkan bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, jawatan-jawatan tersebut boleh dirujuk di bawah.

Untuk pengetahuan umum Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah ditubuhkan pada tahun 1973 bulan Mac di Sembulan, dan berpusat atau kampus terletak di Menggatal Sabah pada tahun 1991 sehingga terkini.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

  1. Profesor VK7
  2. Profesor Madya DM53
  3. Pensyarah Kanan DM51
  4. Pensyarah DM45

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2020 (Isnin)

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

JAWATAN AKADEMIK

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

1.Jawatan : Profesor (VK7)

  • Gaji Minimum : RM7,676.00
  • Gaji Maksimum : RM20,592.00

2. Jawatan : Profesor MADYA (DM53)

  • Gaji Minimum : RM6,162.00
  • Gaji Maksimum : RM13,235.00

3. Jawatan : Pensyarah Kanan (DM51)

  • Gaji Minimum : RM5,855.00
  • Gaji Maksimum : RM12,445.00

4. Jawatan : Pensyarah (DM45)

  • Gaji Minimum : RM3,070.00
  • Gaji Maksimum : RM11,095.00

Majikan : Universiti Teknologi MARA 

Lokasi Jawatan Kosong : SABAH

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

A(1)

  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

  • Mempunyai kelayakan seperti perenggan A(1)
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan

Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor MADYA)

  • Mempunyai kelayakan seperti perenggan A(1)
  • Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan

Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan A(1)
  • Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERMOHONAN

Cara-cara membuat permohonan adalah seperti berikut :

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UITM seperti berikut:

  • https://sabah.uitm.edu.my/

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;

  • Kad Pengenalan 
  • Sijil Kelahiran 
  • Sijil SPM/ MCE,HSC/ STPM atau setaraf
  • Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/ Pensyarah Kanan/ Profesor Madya/ Profesor;

  • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

v) Nama fakulti (Jawatan Akademik) yang dipohon hendaklah di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

vi) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak Berjaya.

PAUTAN RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman rasmi seperti berikut :

  • Iklan Jawatan Akademik Februari 2022; atau
  • Email : [email protected]; dan
  • No. Tel : 088-513879

Borang permohonan dan salinan sijil lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah

Pengumuman umum:

Pihak kami hanya berkongsi menyiarkan iklan jawatan kosong terkini daripada agensi-agensi kerajaan/swasta.

Pihak kami tiada sebarang kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan/swasta yang terlibat.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top