Permohonan Bantuan Kewangan Pekerja Sebanyak RM800

Permohonan Bantuan Kewangan Pekerja RM600-RM800 Di Bawah SIP GIG PERKESO

Program SIP GIG PERKESO SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

MAKLUMAN: Program SIP GIG kini telah dibuka mulai 17 Januari 2022.

Disebabkan program Sip Gig ini telah pun dibuka dan boleh dimohon sejak 17 Januari lagi, maka pihak kami akan berkongsi maklumat, syarat-syarat dan cara permohonannya di bawah.

Program ini akan memberi fokus kepada :

  • Individu yang diberikan notis tanpa gaji
  • Diberhentikan kerja
  • Penganggur lebih daripada 60 hari
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan

OBJEKTIF UTAMA

Objektif utama dalam pelaksanaan SIP GIG PERKESO adalah :

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gigi melalui platform digital.

Individu Yang Layak Memohon

  1. Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Individu Yang Tidak Layak

Individu yang tidak layak memohon insentif ini adalah mereka yang :

  1. Masih dan aktif bekerja
  2. Pernah dan telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig
  3. Telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela
  4. Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian

Cara Permohonan SIP GIG PERKESO

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Rujuk dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

PANDUAN MEMOHON

Bagi individu yang ingin memohon insentif SIP GIG PERKESO ini, berikut adalah panduannya :

  • Sila muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN di Google Playstore / Apple Store.
  • Permohonan juga boleh dilakukan melalui pautan berikut : 
    https://matrix.perkeso.gov.my/
  • Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  • Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif

SYARAT MENERIMA INSENTIF SIP GIG

Walaupun permohonan anda telah lulus melalui program SIP GIG PERKESO ini, beberapa syarat yang perlu anda ketahui bagi menerima insentif, antaranya :

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan. 
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan. 
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan. 

Tarikh akhir permohonan insentif SIP GIG PERKESO ini adalah 30 Jun 2022

Untuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my

Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di
https://eaduansip.perkeso.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top