Pembiayaan Keusahawanan MARA RM10k

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Bagi ahli belia yang ingin membina perniagaan atau ahli perniagaan yang tidak mempunyai modal wang untuk mengembangkan perniagaan, boleh memohon melalui pembiayaan MARA. Terdapat beberapa program usahawan yang di biayai oleh MARA, antaranya:-

Program Usahawanan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)

Program Usahawanan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (Putra) ini fokus kepada pembiayaan MARA kepada belia berumur 40 tahun dan kebawah bagi melibatkan diri di dalam bidang perniagaan.

Tujuan utama PUTRA

  • Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan
  • Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-40 tahun
  3. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  4. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  7. Perniagaan patuh Syariah
  8. Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-syarat Khusus

  1. Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik
  2. Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
  3. Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  4. Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA

Bagi skop pembiayaan pula terdiri daripada modal pusingan dan pembelian mesin peralatan.

Had pembiayaan ini sehingga RM10,000.

Tempoh pembiayaan 1-3 tahun atau 12-36 bulan.

Cagaran atau jaminan tidak perlu tetapi haanya perlu kemukakan seorang penyokong atau rujukan dari dikalangan ahli keluarga. Manakala kadar keuntungan adalah 0%.

SILA MOHON DALAM TALIAN MELALUI LINK LAMAN PORTAL RASMI MARA

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top