Bantuan Kewangan KWSP RM500 Kepada Setiap Pencarum

Bantuan Kewangan KWSP adalah salah satu inisiatif bantuan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan. 

Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada pencarum KWSP. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada ketetapan syarat ahli tersebut.

Perkara ini diumukan semasa Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan baru-baru ini semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

BANTUAN KEWANGAN KWSP RM500

Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM500

Mengikut maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Selepas ahli berumur 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai bantuan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2023 ini. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, boleh sila klik pautan di bawah :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top