Permohonan Baru STR Kini Boleh Dilakukan. Mohon Sekarang

Permohonan baru STR kini boleh dilakukan. Bagi mereka yang tidak dapat bantuan STR boleh membuat permohonan baru bermula Mac ini.

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang pihak Mynewskini kongsikan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

PERMOHONAN BARU

Menerusi kenyataan yang dikemaskini melalui web rasmi STR 2023, permohonan baru kini telah boleh dibuat bermula :

  • 1 MAC 2023 – 30 MAC 2023
Permohonan baru str

Permohonan STR 2023

  1. Klik MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Siap dan berjaya mendaftar.

Semakan Bayaran STR 

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top