Skip to content

Kemaskini STR Kini Dibuka Sehingga 30 Mac

Kemaskini STR kini dibuka bermula 1 Mac sehingga 30 Mac. Pihak Mynewskini kongsikan informasi dalam halaman ini.

Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Tarikh Kemaskini STR

Menerusi kenyataan yang dikemaskini melalui web rasmi STR 2023, kemaskini data telah boleh dibuat bermula :

  • 1 MAC 2023
Kemaskini STR

Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Semakan Bayaran STR 

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.