Bantuan Kewangan MITRA RM2000

Bantuan Kewangan MITRA sebanyak RM2000 secara one-off akan diberikan kepada penuntut IPT yang layak.

Bantuan kewangan ini adalah dibawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bantuan Kewangan MITRA

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah merupakan sebuah unit khas yang bertanggungjawab untuk menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) memperuntukkan RM20 juta untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar India B40 di Universiti Awam.

KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA MITRA

Berikut merupakan kelayakan untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

  • Warganegara Malaysia berketurunan India;
  • Akan mengikuti pengajian di Tahun Kedua, Ketiga ataupun Tahun Akhir di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam negara pada September/ Oktober 2023;
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Awam (UA)  pada tahun semasa;
  • Tidak mempunyai masalah disiplin di Universiti Awam (UA);
  • Daripada golongan B40 (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM4,850.00, perlu lampirkan dokumen Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ penyata gaji ibubapa/ eKasih);
  • Mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tujuan pemberian subsidi; dan
  • Tidak disenarai hitam ataupun sedang dalam tindakan undang-undang.

Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA ini dikhaskan untuk 10,000 pelajar pengajian tahun kedua hingga tahun keempat.

KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN KEWANGAN MITRA

Berikut merupakan bayaran untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

  • RM2,000 sekali bayar sebelum semester baharu bermula pada September atau Oktober ini

Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA ini akan dimasukkan ke akaun BSN (Bank Simpanan Nasional) setiap pelajar yang layak.

Bantuan Kewangan MITRA RM2000

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA MITRA

Berikut merupakan cara permohonan Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasmi MITRA DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top