Skim Permata Sejahtera Bantuan Pendidikan Kanak-Kanak RM500

Skim Permata Sejahtera. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini.

Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Skim Permata Sejahtera

Skim Permata Sejahtera merupakan skim berbentuk sumbangan simpanan SSPN-i kepada anak-anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu.

Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini.

Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah permohonan dibuat  oleh pihak ibu bapa.

Skim Permata Sejahtera

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Bayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula Januari 2023 hingga Disember 2023.
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.
  • Permohonan Secara Atas Talian (ONLINE) KLIK DISINI

Bentuk Sumbangan

  1. Anak Pertama dan KE-2 : RM200.00
  2. Anak KE-3 hingga KE-5 : RM300.00
  3. Anak KE-6 dan  keatas : RM500.00

Keistimewaan

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM 8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM 1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikeculaikan cukai pendapatan.
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM 10,000.00 untuk satu keluarga yang layak*.
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

CARA MEMOHON SKIM PERMATA SEJAHTERA 2023

Untuk melakukan permohonan Skim Permata Sejahtera 2023, sila layari portal Simpan SSPN Prime di pautan berikut:

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan bagi skim ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut iaitu https://www.ptptn.gov.my/sumbangan/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Seterusnya.”
  3. Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Buat perakuan dan hantar permohonan.

Permohonan melalui manual (borang ) juga boleh dilakukan dengan mendapatkan borang di setiap Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di setiap Daerah tempat tinggal masing-masing.

Maklumat Lanjut Sila Hubungi

Maklumat lanjut mengenai Skim Permata Sejahtera, sila layari laman web YPKT iaitu https://www.ypkt.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top