Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang dibuka dan boleh dimohon bermula 10 Mei 2023 sehingga 12 Jun 2023.

Bagi murid tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang belajar di sekolah kerajaan Negeri Pahang, anda kini boleh memohon Biasiswa Sekolah Menengah atau BSM Yayasan Pahang.

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang

BSM telah diperkenalkan sejak tahun 1983 oleh Kerajaan Negeri Pahang yang diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6.

Biasiswa ini diberikan khas dan hanya kepada murid yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan

Melalui biasiswa ini, kerajaan negeri telah memberikan bantuan sebanyak RM500 setahun bagi murid yang layak.

Namun, mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun.

Bayaran dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Mei.

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang memberi keutamaan biasiswa kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003 sebahagian biasiswa ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Tarikh Permohonan

Permohonan BSM Yayasan Pahang telah dibuka pada:

  • 10 Mei 2023, dan

Tarikh tutup pemohonan BSM adalah pada:

  • 12 Jun 2023.
Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang

Syarat Kelayakan BSM Yayasan Pahang

BSM terbuka kepada para pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, pemohon/ibu/bapa mestilah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diberi keutamaan.
  7. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Langkah-Langkah Memohon

Pemohon yang berminat untuk memohon BSM Yayasan Pahang mestilah mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Borang permohonan boleh diperolehi di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke semula ke sekolah masing-masing.
  4. Setiap sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohoan.

Info dan Pertanyaan Lanjut

Halaman rasmi mengenai biasiswa ini boleh dilihat melalui link di SINI

Pemohon yang mempunyai sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan lanjut berkenaan BSM Yayasan Pahang boleh menghubungi Yayasan Pahang di alamat:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Pemohon juga boleh menghubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800.

Pemohon yang mempunyai aduan boleh terus melakukan aduan di pautan berikut: https://app2.yp.org.my/eaduan/VOC_v2/login/index.php

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top