Kemaskini MAIDAM Bantuan Sara Hidup

Kemaskini MAIDAM Bantuan Sara Hidup kepada mereka yang telah memohon, dimana MAIDAM ada menyediakan bantuan untuk para Asnaf yang memenuhi syarat kelayakan iaitu terdiri daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil.

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan bantuan tersebut secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan MAIDAM secara online iaitu untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Zakat dan sara hidup buat rujukan semua.

Apakah MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah ditubuhkan semenjak tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 Negeri Terengganu telah diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.

Misi MAIDAM adalah untuk melestarikan Pengurusan Baitulmal untuk memartabatkan sosio-ekonomi umat islam menerusi pemerkasaan perkhidmatan teras yang amanah, berintergriti, dan juga menepati syarak.

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP MAIDAM

Asnaf adalah golongan yang layak untuk menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada Orang Islam.

Berikut merupakan golongan Asnaf yang layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup MAIDAM:

  • Miskin/ Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja daripada keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Selain Bantuan Sara Hidup, MAIDAM juga memberikan bantuan kepada golongan Asnaf Miskin seperti yang berikut:

  • Bantuan Kecemasan/ Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus/ Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan/ Keperluan Harian

Syarat Am Kelayakan Bantuan MAIDAM

Permohonan bantuan MAIDAM terbuka untuk:

  1. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu; ATAU
  2. Telah bermastautin di Terengganu selama tiga (3) tahun berturut-turut atau lebih sebelum melanjutkan pengajian
Kemaskini MAIDAM Bantuan Sara Hidup

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian/ online dalam memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.

Untuk memohon Bantuan Sara Hidup MAIDAM, sila layari portal rasmi MAIDAM di pautan yang berikut:

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut.

Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan.

Kemaskini MAIDAM Bantuan Sara Hidup

Berikut dikongsikan panduan atau cara-cara untuk membuat semakan status bantuan zakat MAIDAM secara online:

  1.  Akses pautan semakan di : Semakan Status Permohonan MAIDAM espmb
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tekan Klik Untuk Semak
  4. Sistem akan memaparkan status permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

09-6303030 – Seksyen Agihan Zakat MAIDAM

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top