Skip to content

Bantuan Kewangan RM2700 ‘One-Off’

Bantuan Kewangan RM2700 adalah salah satu program yang ditawarkan oleh kementerian untuk memberi sokongan kepada golongan yang mempunyai kelayakan dan membantu kewangan awal.

Geran Pelancaran merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman anda, kami sertakan maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan ini:

Bantuan Kewangan RM2700

Untuk menggalakkan kumpulan sasar JKM yang mempunyai minat, kemahiran dan potensi dalam bidang ekonomi yang produktif, Geran Pelancarangan adalah bantuan yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan individu/ keluarga.

Program ini tidak sahaja menawarkan perkhidmatan sokongan, tetapi juga merancang program pembangunan dan pengintergrasian yang sesuai untuk membantu klien mencapai tahap kemandirian yang diingini.

Permohonan bantuan sebanyak RM2,700 ini akan diluluskan secara sekaligus (one-off) kepada pihak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cara Memohon Bantuan Kewangan RM2700

Penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja yang layak menerima bantuan ini kerana ia diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM.

Untuk mendapatkan Geran Pelancaran, syaratnya ialah memohon bantuan bulanan JKM terlebih dahulu. Oleh itu, sila lengkapkan permohonan bantuan bulanan JKM sebelum memohon Geran Pelancaran.

Permohonan Geran Pelancaran hanya boleh dibuat sekiranya layak dan mendapat kelulusan. Pihak JKM akan menilai permohonan tersebut secara lanjut selepas dikemukakan.

Permohonan anda untuk bantuan-bantuan JKM boleh dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang paling dekat dengan anda.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan seorang Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Maklumat Lanjut Bantuan

Sila kunjungi Channel Telegram berwarna biru dibawah:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.