E-Dompet 2023 : Kredit Percuma RM200 Untuk B40 & M40

E-Dompet 2023 : Kredit Percuma RM200 Untuk B40 & M40 telah mula disalurkan secara berperingkat, berikut merupakan informasi mengenai e-dompet yang diagihkan.

Selain bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang mula disalurkan hari ini, terdapat 1 bantuan lagi khas untuk belia bujang.

Untuk makluman, bantuan E-Dompet sebanyak RM200 pun turut dilaksanakan hari ini. Ikuti perkongsian dibawah.

E-DOMPET 2023 EBELIARAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia*, menerusi tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points)

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

TARIKH BAYARAN & PERMOHONAN

Petang kelmarin, Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat kenyataan rasminya, Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 pada :

  • 26 Jun (Isnin)
  • 8.00 Pagi
  • Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    1. Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
      a. Boost
      b. Setel
      c. Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
    3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
    4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Soalan Lazim

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top