Bantuan Kewangan RM5000 Khas Peniaga Rakyat Selangor

Bantuan kewangan sebanyak RM 5,000 bagi pemula usahawan rakyat Selangor yang ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pembiayaan

Kepada para usahawan yang memerlukan pinjaman dan bantuan, anda boleh melakukan pemohonan inisiatif yang telah diumumkan pihak kerajaan negeri iaitu Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Melalui skim ini, usahawan yang layak akan mendapat peluang bantuan dan menerima pembiayaan pinjaman perniagaan sehingga RM 5,000.

Skim NaDI – Skim Niaga Darul Ehsan

Skim NaDI merupakan salah satu skim yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri melalui Program Mikto Kredit Bersepadu.

Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai SKIM HIJRAH SELANGOR merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.  

Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan :

  • Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%
  • Pembiayaan pinjaman adalah bermula daripada RM 1,000 sehingga RM 5,000

CARA PEMOHONAN

Sila ikut langkah-langkah berikut :

  • Sila layari laman web mikrokredit.selangor.gov.my
  • Tekan pada bahagian “Create An Account”.
  • Sila isi maklumat yang tersedia dan tekan pada butang “Submit”.
  • Masukkan maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Selesaikan permohonan sehingga tamat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Rakyat Negeri Selangor
  • Telah bermastautin atau menetap ( tidak kurang 5 Tahun) dan mengundi di Negeri Selangor
  • Berusia 18 Tahun sehingga 65 Tahun
  • Pemohon terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah
  • Perlaksanaan skim perlu dalam bentuk kumpulan  (3 orang berkumpulan).
  • Pemohon bersetuju menubuhkan kumpulan

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohonan
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Salinan bil utiliti permis dan tempat tinggal pemohon
  • Salinan kepala penyata akaun bank atau muka depan akaun (yang menunjukkan no akaun)

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692 atau layari laman web https://www.hijrahselangor.com/ .

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top