Pra Diploma UiTM : Permohonan & Semakan Keputusan

PERMOHONAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UITM (FASA 1) SESI KEMASUKAN MAC 2023

Jalan alternatif untuk menyambung pengajian ke PROGRAM DIPLOMA UiTM IDAMAN hati tanpa perlu pening dan risau Mata Merit UPU yang RENDAH.

Syarat kemasukan? Hanya perlu LULUS SPM 3 kredit sahaja.

Untuk anak-anak dari keluarga B40, anda juga tidak perlu risau kerana yuran pengajian PERCUMA, ELAUN saradiri bulanan dan asrama penginapan PERCUMA tersedia buat anda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.

Apakah Pra Diploma UiTM?

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.

Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kelebihan Pra Diploma UiTM

  • Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
  • Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
  • Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
  • Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
  • Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli

Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan

Ambilan pelajar dibuat dua kali setahun dan kesemua maklumat terkini berkaitan ambilan akan dipaparkan di laman web PPT dari masa kesemasa.

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  1. Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
  2. Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
  3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
  4. Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
  5. Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

Uitm https://pppt.uitm.edu.my/pradiploma/images/kitpromosi/mobile/index.html

Senarai Kampus PPT

Berikut adalah senarai kampus PPT UiTM berdasarkan kursus Pra Diploma yang ditawarkan:

Tarikh Permohonan & Semakan Keputusan

Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan dan semakan keputusan calon bagi permohonan kemasukan ke Program Pra Diploma UITM Fasa 1 Sesi Kemasukan Mac 2023 adalah seperti berikut:

  • Permohonan No Pin, Pengisian Borang & Penghantaran Dokumen Sokongan: 15 November 2022 (Selasa) â€“ 11 Disember 2022 (Ahad)
  • Keputusan Jaya Pra Diploma: 20 Disember 2022 (Selasa), 12.00 tengah hari

Hanya borang permohonan & dokumen lengkap akan diproses.

Cara Permohonan Kemasukan Ke Pra Diploma UITM

3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN 

  1. Emel kan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON untuk pengeluaran No Pin PERCUMA
  2. Sila layari laman sesawang www.online.uitm.edu.my untuk membuat permohonan. Simpan/cetak maklumat permohonan.
  3. Emelkan maklumat permohonan dan dokumen-dokumen diperlukan yang telah disahkan.

Sila layari https://pppt.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-Dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan Pra Diploma

  1. Salinan Kad Pengenalan (Calon, Ibu & Bapa)
  2. Salinan Sijil Lahir (Calon, Ibu & Bapa)
  3. Salinan Sijil / Slip keputusan SPM
  4. Salinan Slip Pendapatan, Penyata Pencen atau Borang Pengesahan Pendapatan (ibu / bapa yang tidak mempunyai Slip Gaji Tetap atau tidak bekerja)
  5. Salinan Sijil pengiktirafan sukan (Untuk permohonan kategori Atlet sahaja)

* Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu ‘disahkan benar dari salinan asal’ / ‘certified true copy’. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya’.

* Sila rujuk poster untuk dokumen tambahan yang diperlukan

Cara Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM

Hebahan Keputusan Program Pra Diploma boleh disemak mulai 20 Disember 2022 (Selasa) pada jam 12.00 tengah hari.

Sila layari online.uitm.edu.my bermula pada tarikh yang dimaklumkan.

Klik setuju terima & Pendaftaran pelajar secara online mengikut tarikh yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top