Skim I-PUSH Fasa 2 Pembiayaan Usahawan Negeri Pahang

Kerajaan Negeri Pahang telah membuka permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (Skim I-PUSH) bagi Fasa 2.

Sebelum ini, Skim bantuan I-PUSH diperkenalkan untuk membantu usahawan mikro di Pahang yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta banjir.

Untuk Fasa 1, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada skim ini yang memberi manfaat kepada 2,500 usahawan mikro di Pahang.

Menariknya pembiayaan ini adalah pembayaran balik yang dikenakan adalah tanpa faedah dan penawaran moratorium setahun termasuk tiada caj tambahan.

Bagi usahawan yang berminat, permohonan bagi Fasa 2 boleh dipohon mula 1 Disember 2022 sehingga 14 Disember 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada rakyat Negeri Pahang dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Tidak Bangkrap.
  4. Golongan B40.
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  6. Bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  7. First Come First Serve.
  8. Ada perniagaan sendiri dan telah menjalankan perniagaan melebihi 1 tahun.
  9. Berniaga di Negeri Pahang.
  10. Mempunyai lesen perniagaan/permit sementara daripada PBT.

Cara Memohon

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://smu.pahang.gov.my/mohon.php.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik ‘Enter.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran pasport.
  2. Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  3. Sijil SSM.
  4. Lesen Perniagaan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim I-PUSH Fasa 2, sila layari laman web https://smu.pahang.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top