Skip to content

Bantuan Khas Kewangan 2023 Penjawat Awam RM700

  • Bantuan

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Jan depan.

Semasa persidangan di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam sebanyak RM700.

Pada ketika itu, Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan Bajet Mini sebanyak RM107,718,676,650 untuk tujuan perbelanjaan perkhidmatan seperti pembayaran emolumen penjawat awam.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran bantuan ini adalah pada 17 Januari 2023.

Penerima Bantuan Khas

Bagi Bantuan Khas Kewangan 2023, penerima yang akan menerima bantuan ini adalah:

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah: RM700.00
  • Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen: RM350.00
Bantuan khas kewangan 2023

Penerima Yang Layak

Penerima yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Penjawat Awam

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang Iayak tersebut merupakan:
    – Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
    – Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
    – Pegawai yang bercuti separuh gaji.
    – Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
    – Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Selain itu, bantuan ini turut dibayar kepada:

  • Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023.
  • Guru interim.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

ii) Pesara

  • Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen.
  • Penerima pencen terbitan.
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
  • Veteran berpencen dan tidak berpencen.

Penerima Yang Tidak Layak

Penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Bagi pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian bantuan ini setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan 2023, layari laman web https://www.jpa.gov.my/pengumuman/2798-bantuan-khas-kewangan-tahun-2023.