Baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina Selangor

Menerusi Belanjawan Selangor 2023, Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM16.48 juta bagi program pemberian Baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali

Tujuan utama bantuan baucar ini diperkenalkan meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Oleh itu, sempena Tahun Baru Cina 2023, orang ramai boleh membuat permohonan di Pusat Kidmat Masyarakat ADUN atau Pusat Penyelaras DUN yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Nilai Baucar Jom Shopping

Nilai baucar yang akan diberikan adalah sebanyak RM200.

Ini adalah peningkatan daripada RM100 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat pada masa kini.

Baucer jom shopping

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon baucar ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di mana-mana bahagian DUN dalam Negeri Selangor.
  3. Pengundi di dalam mana-mana DUN di Negeri Selangor.
  4. Pendapatan isi keluarga adalah RM3,000 dan ke bawah
  5. Bukan penerima manfaat Bingkas dan penerima Baucar SMUE-Skim Mesra Usia Emas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Borang secara anual di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN atau Pusat Penyelaras DUN.

Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN (rujuk http://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dibawa bersama adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk).
  3. Sijil kematian/sijil cerai (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Jom Shopping, layari laman web https://www.selangor.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top