Bantuan Khas Kewangan RM1000 Sempena Aidilfitri Dikreditkan 8 April Ini

Bantuan Khas Kewangan RM1000 Sempena Aidilfitri Dikreditkan 8 April Ini. Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1000 sempena Aidilfitri akan dikreditkan khas untuk penjawat awam di negeri Selangor.

Bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri merupakan dua musim yang sangat ditunggu rakyat Malaysia. Ini kerana semua berpeluang untuk mengisi masa bersama keluarga dan sanak-saudara yang tersayang.

Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan bagi sesetengah pihak untuk memenuhi dua musim ini. Pihak kerajaan/negeri sangat prihatin dengan keadaan begini. Oleh itu, terdapat bantuan/insentif/bonus yang disediakan bagi kumpulan tertentu agar memberi kegembiraan kepada mereka.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri akan dikreditkan penjawat awam di negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Bantuan Mahabbah Ramadan itu yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalurkan pada 8 April depan.

Tarikh Bayaran

Seperti yang dinyatakan, bantuan ini akan dikreditkan kepada penerima bermula 8 April ini.

Senarai Penerima

  • Bantuan khas sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri).
  • Bantuan sama akan diterima dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK.

Bantuan Tunai RM500

Selain itu, bagi penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Selangor, mereta turut menerima bantuan berjumlah RM500.

Kumpulan pemimpin masyarakat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan.

Turut menerima manfaat sama ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor.

Bantuan-Bantuan Lain Di Selangor

Program dan aktiviti Wanita Berdaya Selangor (WBS) RM4 juta

  • badan pemikir jalan kajian dan dasar bantu wanita

Saringan Perkembangan Kanak-kanak RM350,000

  • kenalpasti perkembangan anak usia 3-5 tahun keluarga B40

Bantuan subsidi yuran Kafa-i RM5 juta sekali bayar

  • subsidi yuran RM30 sebulan murid B40
  • tampung utiliti, sewa, internet, naik taraf premis, elaun guru rakyat

Skim ASUH PINTAR RM600,000

  • subsidi bulanan RM100 kepada taska awam
  • anak bawah 4 tahun keluarga B40

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) RM2 juta

  • subsidi bulanan RM50 kepada tadika berdaftar
  • anak umur 5 dan 6 tahun

Iltizam Anak Selangor RM3 juta

  • tabungan RM500 akaun SSPN Prime dalam lima tahun
  • deposit boleh keluar umur 18 tahun
  • sasaran 30,000 kanak-kanak lahir 2022 ke atas

Bantuan Sekolah Negeri Selangor RM26.5 juta

  • baiki infrastruktur, persekitaran kondusif

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) RM10 juta

  • tuisyen percuma calon SPM seluruh Selangor

Pembudayaan Sains dan Inovasi RM2 juta

  • bangunkan bakat murid dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)

Pemerkasaan IPT Kerajaan Negeri RM9 juta

  • perkasa infrastruktur, pentadbiran dan kompetensi IPT

Naik taraf Asrama Selangor di Mesir RM200,000

  • asrama untuk keselesaan 156 siswa Selangor di Mesir

Tabung Amanah Pembangunan dan Pengurusan Pelajar Timur Tengah RM5 juta

  • tabung wakaf beli Rumah Selangor ke-2 di Mesir

Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM1 juta

  • bantuan urus anak OKU bawah 18 tahun

Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor RM1 juta

  • dana sedia dan laksana Dasar Ekonomi Penjagaan
  • upah penjaga kanak-kanak, warga emas dan OKU di pusat penjagaan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM108 juta

  • bantuan RM300 e-dompet kepada 30,000 keluarga
  • beli barangan asas dan alat pendidikan anak

Baucar Jom Shopping RM16.48 juta

  • baucar RM200 perayaan utama
  • sasar 82,400 orang pendapatan bawah RM3,000

Lain-lain bantuan boleh lihat di pautan berikut: https://selangorkini.my/2024/01/intipati-belanjawan-selangor-2024-makmur-bersama-semua-merasa/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top