Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 dari JHEV dibayar setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 dari JHEV – Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan sebagai usaha membantu kehidupan masyarakat.

Bantuan Sara Hidup (BSH) diberi secara setiap bulan ini dilaksanakan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Sara Hidup (BSH) JHEV

Bantuan Sara Hidup atau BSH yang dimaksudkan ini adalah sebuah bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) kepada Veteran ATM dengan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Kadar BSH yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonannya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi memohon bantuan kewangan bulanan ini, ia perlu dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon atau waris.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dipanjangkan kepada Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Adalah diingatkan bahawa setiap butiran yang diisi hendaklah benar dan tepat. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan itu kemudiannya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun untuk memastikan sama penerima sedia ada itu masih layak diteruskan atau sebaliknya.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top