Bantuan Khas Kewangan RM1000 Untuk Penjawat Awam Negeri Sabah

Bantuan khas kewangan rm1000

Bantuan Khas Kewangan RM1000 Negeri Sabah akan diberikan pada bulan ini kepada semua penjawat awam termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Berikut adalah informasi ringkas mengenai bantuan yang bakal diberikan ini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Dalam bawah Belanjawan 2024 Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK).

Kadar bantuan tunai ini pula adalah sebanyak RM2,000 dan akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan tunai itu selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang memberi dengan kadar sama kepada penjawat awam Persekutuan di bawah Belanjawan 2024.

Pihak Kerajaan Negeri turut berharap pemberian bantuan itu akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Jumlah Kadar Bantuan

Kadar bantuan tunai ini pula adalah sebanyak RM2,000 dan akan diberikan secara dua fasa.

Tarikh Pemberian BKK

Bantuan khas ini akan dibayar secara berperingkat sebanyak dua fasa iaitu RM1,000 pada Januari 2024 dan baki RM1,000 menjelang Aidilfitri 2024.

Cara pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima yang tersenarai sebagai penerima.

Hal Lain

Di bawah Belanjawan sama, Kerajaan Negeri Sabah juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada 1,500 orang bakal pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

RM44 juta bantuan pula diperuntukkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pengajian serta bantuan untuk menyokong institusi-institusi pendidikan

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri Sabah membentangkan belanjawan negeri sebanyak RM5.701 bilion untuk tahun 2024, berbanding anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM5.737 bilion.

“Belanjawan ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan dan saya ingin menekankan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyediakan belanjawan yang holistik dan inklusif,” kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Maklumat Lengkap Belanjawan

Bagi maklumat lengkap Belanjawan Negeri Sabah 2024, sila rujuk di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah – KLIK DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top