I-Suri KWSP Insentif Khas RM300

I-suri kwsp

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

i-Suri KWSP

i-Suri pada asasnya sebuah program yang membolehkan golongan wanita suri rumah,untuk mencarum di KWSP sebagai usaha mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Tujuan utama i-Suri diperkenalkan adalah untuk membolehkan golongan wanita:

  • Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
  • Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara;
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Dalam masa sama, mereka yang mendaftar dalam program ini layak untuk menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Insentif Khas

Para ahli I-Suri layak menerima sebanyak RM300 insentif khas setahun.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ahli KWSP;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 55 tahun ke bawah;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dengan eKasih (setakat senarai terkini).

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan i-Suri, pendaftarannya boleh dibuat melalui laman web rasmi KWSP (Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian); pejabat KWSP; Self Service Terminal (SST) atau KWSP i-Akaun.

Dimaklumkan juga bahawa caruman inisiatif ini boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti:

  • Aplikasi Mudah Alih;
  • Perbankan Internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP.

Faedah

  • Insentif Khas
    Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
    Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
    Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  • Dividen Tahunan
    Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Bantuan Kematian
    Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Pelepasan Cukai
    Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Maklumat Lanjut

Maklumat lebih teliti berkenaan program ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top