Bantuan Khas Kewangan RM1500 Sempena Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Kewangan RM1500 Sempena Aidilfitri 2024 – Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh kerajaan negeri Johor kepada semua penjawat awam negeri itu.

Lagi beberapa hari lagi, kita akan menyambut Aidilfitri merupakan yang merupakan perayaan yang sangat ditunggu rakyat Malaysia. Ini kerana semua berpeluang untuk mengisi masa bersama keluarga dan sanak-saudara yang tersayang.

Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan bagi sesetengah pihak untuk memenuhi perayaan ini. Pihak kerajaan/negeri sangat prihatin dengan keadaan begini. Oleh itu, terdapat bantuan/insentif/bonus yang disediakan bagi kumpulan tertentu agar memberi kegembiraan kepada mereka.

Baru-baru ini, Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh kerajaan negeri Johor kepada semua penjawat awam negeri tersebut.

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Senarai Penerima

Menurut Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, bantuan khas ini akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

Bayaran Insentif Awal RM2,000

Selain itu, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

Oleh itu, Bantuan Insentif Awal (BIA) Kajian SSPA tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

Tujuan Bantuan

Tujuan bantuan ini adalah kerajaan negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya dan Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024 ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.

Seterusnya dapat memacu Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Maklumat Belanjawan Johor 2024

Sebelum ini, kerajaan negeri telah membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Belanjawan yang bertemakan “Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat” itu merupakan belanjawan lebihan kedua berturut-turut yang dibentangkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kerajaan negeri menyasarkan unjuran hasil negeri tahun hadapan sebanyak RM1.804 bilion manakala unjuran perbelanjaan pada tahun 2024 dianggarkan RM1.799 bilion.

Angka-angka ini menunjukkan Belanjawan 2024 merupakan belanjawan lebihan atau surplus bajet sebanyak RM4.21 juta. Sejumlah RM1.163 bilion pula diperuntukkan sebagai belanja mengurus.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan dalam belanjawan. Boleh ke pautan berikut: https://www.johor.gov.my/kerajaan/bajet-johor/tahun-2024

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top