“Perempuan Dulu Beranak 13, Sekarang Baru 2 Anak Dah Menggelupur Terjelir Nak Mati” – Lelaki Bandingkan Wanita Dulu & Sekarang Teruk Dikecam

Sememangnya memiliki rezeki untuk menimang zuriat sendiri merupakan impian pasangan yang sudah pun mendirikan rumah tangga.

Tetapi pada zaman moden ini, kebanyakan pasangan memilih untuk membuat ‘family planning‘ kerana memikirkan pendapatan dan ekonomi sekarang ini.

Individu bandingkan wanita dulu dan sekarang

Melalui platform X, satu ciapan mengenai berapa banyak anak yang dilahirkan oleh wanita yang dibuat oleh seorang individu lelaki telah mengundang rasa kesal dikalangan pengguna lain.

Lelaki terbabit membuat perbandingan wanita dahulu yang boleh melahirkan zuriat lebih daripada 10 dan wanita sekarang yang kebanyakannya hanya mahu anak tidak lebih daripada tiga.

Teruk dikecam netizen

Ciapan tersebut, sememangnya telah mengundang rasa marah dikalangan warganet, tidak kira sama ada perempuan, mahupun lelaki.

Kata mereka, perbandingan yang dilakukan tidak adil kerana ekonomi dahulu dan sekarang sangat berbeza, dimana barangan anak-anak boleh dikatakan mahal ketika ini.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga berkata faktor kesihatan juga perlu dipertimbangkan kerana untuk melahirkan seorang anak bukanlah satu hal yang mudah untuk dilalui oleh seorang wanita.

Sumber Artikel Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top