Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara (Bonus 2024)

Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara (Bonus 2024). Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada tahun hadapan.

Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara 2024 (Bonus)

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara 2024

Tarikh Bayaran Insentif Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Jumlah Bayaran Insentif Awal

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima  adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2023 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, layari https://belanjawan.mof.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top