Skip to content

STR 2023 Fasa 4 Dikreditkan 7 November Ini

STR 2023 Fasa 4 dikreditkan bermula 7 November 2023 ini. Kementerian Kewangan telah menghebah dan mengumumkan tarikh pembayaran STR 2023 Fasa 4 akan disalurkan bermula 7 November.

STR 2023 FASA 4

STR 2023 Fasa 4 adalah Sumbangan Tunai Rahmah yang bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan ekonomi. Ianya merupakan bantuan tunai fasa akhir bagi tahun 2023 untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bagi tahun 2023 ini.

Seperti tahun sebelumnya, ianya akan dilaksanakan melalui 4 fasa bayaran dan sehingga kini ianya telahpun melalui 3 fasa bayaran dan yang terakhir iaitu bulan Julai lalu.

STR 2023 Fasa 4 dikreditkan bermula 7 November 2023 ini
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

TARIKH BAYARAN STR 2023 FASA 4

Kerajaan telah menetapkan pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat’ mulai 7 November 2023 dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.

  • 7 NOVEMBER 2023 Hingga 9 NOVEMBER

SEMAKAN STR FASA 4

Sila layari web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan

BAYARAN MAKSIMUM RM2500

Ketika pelaksanaan STR Fasa 4 ini, lebih 280,000 penerima baharu yang DILULUSKAN menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai minggu hadapan. Mereka yang layak akan menerima bayaran sehingga RM2500.

Info : Pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

MAKLUMAT LAIN

Untuk tahun 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali. Sebagai penambahbaikan pada STR 2024, Kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir. Mulai 1 November 2023, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

Str 2023 fasa 4
Str fasa 4
Str fasa 4 2023

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.qov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semakan status pembayaran dan kelulusan Rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.