Bantuan Khas RM250 Akan Diberikan Pada 16 Januari 2023

Bantuan Khas RM250 akan disalurkan secara berperingkat seawal 16 Januari ini. Bantuan tunai ini adalah salah satu bantuan untuk meringankan beban hidup rakyat dan pesawah padi.

Tekad utama kerajaan baharu dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.  

“Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat,” katanya.

Bantuan tunai sebanyak RM250 ini adalah Bantuan Khas dari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 dan ditambah RM60 juta pada tahun 2023, ini bakal disalurkan secara berperingkat kepada pesawah padi.

Bantuan Tunai Bernas

Bantuan ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu melalui kenyataan rasminya pada 31 Disember 2022 yang lalu.

Padiberas Nasional Berhad BERNAS telah bersetuju dengan permintaan dari YAB Perdana Menteri Datu Sri Anwar Ibrahim supaya menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Bantuan khas rm250

Terlebih dahulu bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima baki apabila bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta telah disalurkan pada awal tahun 2023 kelak.

Baca juga: Bantuan Am RM350

Jumlah Bantuan

Bantuan BERNAS ini akan diberikan sebanyak RM250 kepada setiap pesawah.

Sebarang maklumat terbaru atau kemaskini yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan pihak kami kongsikan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top