Cara Daftar Kursus Kahwin Online

JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.

Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home

Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online SPPIM

LANGKAH 1: Anda daftar kursus kahwin secara online anda melalui sistem portal pra perkahwinan sppim login melalui link pautan ini, https://www.sppim.gov.my

LANGKAH 2: Anda pilih tarikh dan tempat lokasi kursus kahwin secara online sppim mengikut negeri samada di Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Penang, Kedah, Perak, Selangor, Johor Pahang ,Perak yang disusun mengikut daerah.

LANGKAH 3: Masukkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan tentang anda termasuklah nombor kad pengenalan / mykad, nama penuh seperti dalam IC anda, tarikh lahir, warganegara, negeri, nombor telefon, emel dan yang berkaitan.

LANGKAH 4: Sila baca maklumat perakuan seperti yang contoh gambar yang terera di bawah dan tekan ‘SAYA BERSETUJU’.

LANGKAH 5: Jika pendaftaran kursus pra perkahwinan online anda telah berjaya, anda tertera paparan gambar seperti di bawah.

Daftar kursus kahwin online

Tahniah permohonan anda untuk daftar kursus pra perkahwinan secara online telah dilulus. Sila hadir pada tarikh yang telah ditetapkan untuk anda bersama-sama dokumen yang diperlukan ketika datang.

Pastikan anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai anda menghadiri kursus perkahwinan tersebut.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online di Sabah

1. Permohonan boleh dibuat di dengan menghubungi urusetia untuk Kursus Kahwin Online melalui whatsapp sahaja.

Contact Urusetia (whatsapp) :

  • 012-8221665
  • 011-39912118
  • 011-63967387

2. Kursus kahwin online hanya diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad sahaja. 

3. Selepas tu, tunggu sahaja lah. Korang akan dimaklumkan melalui whatsapp tarikh kursus pra-perkahwinan. 

Peserta yang LAYAK adalah DIWAJIBKAN mengikuti setiap arahan berikut. Kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan peserta gagal dalam kursus ini. 

  1. Mengesahkan KEHADIRAN LIMA (5) MINIT sebelum kursus dijalankan.
  2. Memasang kamera bagi tujuan paparan wajah.
  3. Berpakaian kemas & MENUTUP AURAT.
  4. Sentiasa memberi sepenuh perhatian dalam setiap slot kursus.

2. Kursus ini mengandungi 4 tajuk utama dengan jumlah masa 5 jam sahaja.

3. Peserta yang berjaya sahaja akan diberikan SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM melalui aplikasi whatsapp. Sijil asal boleh dituntut di PEJABAT BAHAGIAN PENTADBIRANSYARIAH JHEAINS di alamat berikut :

Bahagian Pentadbiran Syariah, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),
Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis

Syarat Untuk Daftar Kursus Kahwin Online

1. Penyertaan terbuka kepada WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA yang pemegang DOKUMEN SAH & TINGGAL DI SABAH sahaja.

2. Kursus diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah sahaja.

3. Bayaran dikenakan sebanyak RM70.00 bagi setiap peserta. 

4. GAMBAR DOKUMEN PENGENALAN DIRI (berwarna) & SLIP PEMBAYARAN (bukti bayaran) dilampirkan dalam permohonan (dalam bentuk PDF)

5. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui whatsapp.

Diharap perkongsian ini dapat membantu kepada pasangan yang ingin berkahwin tidak lama lagi.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top