TERKINI: BAYARAN BTR TELAH MULA DISALURKAN KE AKAUN BANK BSN

TERKINI: RAMAI PENERIMA MENDAKWA BAYARAN BTR TELAH MULA DISALURKAN KE AKAUN BANK BSN

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT TELAH DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB BKM

Dalam notis berkenaan, dimaklumkan bahawa:

  • Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini
  • Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa
Bantuan tunai rakyat 2023
Sumber https://bkm.hasil.gov.my

TERKINI: RAMAI PENERIMA MENDAKWA BAYARAN BTR TELAH MULA DISALURKAN KE AKAUN BANK BSN

Pada 15 Januari 2023, ramai warga Malaysia telah berkongsi dalam laman sosial Facebook memberitahu bahawa bayaran BTR telah disalurkan ke dalam akaun BSN.

Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023, namun masih belum ada tarikh khusus yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) setakat ini.

Cara Semakan Status & Kemaskini Maklumat Pemohon / Penerima

Setakat ini masih belum ada tarikh untuk membuat semakan status dan cara kemaskini maklumat bagi BTR 2023.

Maklumat terkini akan dimuatnaik melalui artikel ini setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengkreditan ke dalam akaun juga boleh disemak dari semasa ke semasa melalui akaun bank yang telah didaftarkan.

Pengguna dinasihatkan agar tidak menekan mana-mana pautan yang meragukan untuk mengelakkan sebarang bentuk jenayah siber atau ‘scam’.

Bagi bakal penerima BTR, dinasihatkan juga agar membuat semakan pengkreditan wang anda secara online terlebih dahulu sebelum pergi ke bank atau ATM untuk mengeluarkan wang.

INFO: SEBARANG MAKLUMAT RASMI TERKINI AKAN DIKEMASKINI DAN DIKONGSIKAN DARI SEMASA KE SEMASA

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top