Bantuan Khas RM300 Penjawat Awam Telah Dikreditkan

Bantuan Khas RM300 untuk penjawat awam telah mula dikreditkan sejak semalam.

Seperti yang dijanjikan kerajaan umumkan semasa Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat pada 27 Julai yang lalu, pemberian bantuan khas penghargaan ini diberikan khusus kepada penjawat awam gred 56 kebawah termasuk lantikan kontrak dan pesara kerajaan di Malaysia.

Bantuan ini akan dapat dimanfaatkan oleh 2.3 juta penjawat awam serta pesara kerajaan yang merupakan salah satu inisiatif tambahan dari kerajaan Malaysia untuk membantu ekonomi golongan ini.

Bantuan khas ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai Bantuan Khas Penghargaan dan telah mula disalurkan bermula 10 Ogos 2023 semalam.

BANTUAN KHAS RM300

Bantuan Khas Penghargaan merupakan bantuan khusus yang diberikan kepada penjawat awam gred 56 kebawah termasuklah lantikan kontrak Kerajaan dan juga pesara Kerajaan seperti pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bantuan ini sebagai komitmen awal Kerajaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan oleh Kerajaan.

Dengan pemberian penghargaan ini, diharapkan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik serta menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI pada masa akan datang.

KADAR BAYARAN PENJAWAT AWAM

Kerajaan telah menetapkan kadar bayaran untuk bantuan khas penghargaan ini bagi penjawat awam gred 56 kebawah serta lantikan kontrak Kerajaan adalah sebanyak :

  • RM300
Bantuan Khas RM300 Penjawat Awam Telah Dikreditkan

TARIKH BAYARAN

Pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani yang lalu YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman iaitu pada,

  • 10 Ogos 2023

Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti dan soalan lazim berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top