Bantuan Khas RM200 Pesara Telah Dikreditkan

Bantuan Khas RM200 Pesara telah mula dikreditkan ke akaun bank secara berperingkat kepada pesara kerajaan.

Bantuan khas sebanyak RM200 ini adalah Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023 yang diberikan oleh kerajaan perpaduan Madani.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan ini ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan Khas RM200 Pesara Telah Dikreditkan

Bantuan Khas RM200 Pesara

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM200 kepada pesara kerajaan.

Bantuan RM200 akan disalurkan kepada para pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada:

  • 10 Ogos 2023 (telah mula dikreditkan)

Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Bantuan penghargaan ini memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam melalui emel [email protected] ataupun hubungi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di talian 03-20508131 atau alamat emel [email protected]

Untuk maklumat lebih teliti dan soalan lazim berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top