Bantuan BMT RM800 Mohon Sebelum 15 Sept 2023

Bantuan BMT RM800 boleh dimohon sebelum tarikh tutup pada 15 September 2023. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2023 (BMT 2023) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.

Berikut adalah perkongsian lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Bantuan BMT RM800

Bantuan BMT atau nama penuhnya Bantuan Musim Tengkujuh adalah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

Melalui Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 berbanding sebelum ini RM600.

Antara tujuan utama BMT ini adalah untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.

Cara Memohon BMT

Untuk makluman semua, permohonan BMT telah pun dibuka mulai 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023. Permohonannya pula boleh dibuat secara atas talian di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 (selama 4 bulan).

Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan  

Tarikh Permohonan Dibuka Dan Ditutup

  • mulai 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Kadar pembayaran

  1. November 2023 (RM200)
  2. Disember 2023 (RM200)
  3. Januari 2024 (RM200) dan
  4. Februari 2024 (RM200)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top