Skip to content

Pakej 5G Rahmah Telah Diperkenalkan

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil berkata bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia juga menawarkan Pakej 5G RAHMAH.

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital dikalangan rakyat Malaysia.

PAKEJ 5G RAHMAH

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G yang ditawarkan serendah RM240 berserta dengan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

Pakej 5G RAHMAH ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun.

Pakej 5G Rahmah Telah Diperkenalkan

PENERIMA PAKEJ 5G RAHMAH

Berikut merupakan penerima Pakej 5G Rahmah:

  • SELURUH RAKYAT MALAYSIA

TARIKH PAKEJ 5G RAHMAH BERKUATKUASA

Berikut merupakan tarikh Pakej 5G Rahmah berkuatkuasa:

  • 31 OGOS 2023

Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.

Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Pakej 5G Rahmah Telah Diperkenalkan”

Comments are closed.