Bantuan RM200 Penjawat Awam Akan Dikreditkan Minggu Ini

Bantuan RM200 ini diperkenalkan melalui Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan ini ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan RM200

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah sebuah bantuan kewangan sebanya RM200 dan RM300 kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan RM200 akan disalurkan kepada para pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Manakala, bantuan RM300 pula akan dikreditkan kepada semua penjawat awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service2 dengan syarat bahawa pegawai berkenaan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.

Malah, para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas ini.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada:

  • 10 Ogos 2023 ke akaun penerima yang layak.

Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti dan soalan lazim berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top