Bantuan KIRWAS RM500 secara ‘one-off’

Bantuan KIRWAS RM500 secara ‘one-off’ – Pada tahun 2024 ini, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWAS).

Bantuan KIRWAS RM500

Objektif utama bantuan ini adalah bagi mengupayakan wanita Sarawak terutamanya golongan ketua isi rumah atau/dan ibu tunggal dalam mewujudkan peluang menjana dan meningkatkan pendapatan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan sasar agar berdikari demi mengharmonikan kehidupan berkeluarga. Kadar bantuan yang KIRWAS ini ditetapkan sebanyak RM500 untuk setiap penerima dan diberikan scara ‘one-off’. 

Bantuan tunai itu adalah sebagai sebagai modal perniagaan bagi setiap penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
  • Usahawan Wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas (yang berniaga sahaja);
  • Ibu Tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita;
  • Berpendapatan isi rumah di antara RM1,169 – RM4,849;
  • Bukan penerima Bantuan Kebajikan; dan
  • Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta lampiran yang disahkan.

Untuk makluman, Ibu Tunggal merujuk kepada ibu yang telah bercerai; atau balu; atau wanita yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar. Ketua Isi Rumah Wanita pula adalah wanita yang mempunyai suami, tetapi suami tidak berdaya untuk bekerja.

Bantuan KIRWAS RM500

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan KIRWAS boleh dibuat secara atas talian (online) di melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Pemohon juga perlu menyediakan salinan dokumen-dokumen berikut dan ia hendaklah disahkan (sila pastikan salinan dokumen adalah itu jelas dan boleh dibaca):

  • Salinan fotostat kad pengenalan pemohon;
  • Muka Depan Buku Bank atau Salinan Penyata Akaun Bank (Mesti jelas maklumat pemegang akaun seperti NAMA BANK, NO. AKAUN, NAMA PENUH);
  • Salinan penyata gaji/ pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan pemohon terkini;
  • Sijil Cerai atau Sijil Kematian atau Surat Pengesahan sebagai Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesah (Sila Rujuk Syarat Permohonan);
  • Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada, jika tiada tidak perlu;
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)

Kepada mereka yang diluluskan permohonannya, pemantauan ke atas kemajuan pendapatan penerima adalah dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan bantuan.

Sejak tahun 2022, seramai 1,218 usahawan wanita telah menerima bantuan Ketua Isi Rumah Wanita (KIRWAS). Bagi tahun 2024, Kerajaan Sarawak telah memperuntukan RM300,000 bagi pelaksanaan KIRWAS dan ia akan memberi manfaat kepada 600 penerima baharu seluruh Sarawak.

Maklumat lengkap berkenaan KIRWAS dan borang permohonannya boleh didapati di Portal Rasmi JWKS :

Selain itu, terdapat juga bantuan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak sebanyak RM2,000 yang diberi secara ‘one-off’. Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah memperuntukkan sejumlah RM2.5 juta bagi pelaksanaan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak ini. Geran itu pada asasnua berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM2,000 bagi setiap peserta.

“Program ini menyasarkan golongan wanita Sarawak berumur 18 tahun ke atas yang berada dalam kelompok B40. Di Bahagian Sarikei, seramai 164 usahawan wanita telah menerima peralatan sejak awal Januari tahun ini dan jumlah keseluruhan penerima seramai 1,274 orang.

“Oleh yang demikian, kami berharap para penerima akan memanfaatkan sepenuhnya geran modal ini dalam memajukan perniagaan masing-masing,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top