Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3 e-KYC. Menerusi aplikasi KWSP i-Akaun, ia memaklumkan pencarum hanya boleh membuat pindahan wang ke akaun bank sekali sehari.

Tentu ramai dah mohon pemindahan ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel mulai 12 Mei 2024 untuk tujuan pengeluaran nanti kan?

Menerusi aplikasi KWSP i-Akaun, ia memaklumkan pencarum hanya boleh membuat pindahan wang ke akaun bank sekali sehari.

Tapi, masih ada yang belum tahu bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari.

Apakah e-KYC KWSP?

Tahukah anda, mereka yang ingin mengeluarkan wang lebih RM250 perlu melalui proses e-KYC.

Proses e-KYC adalah ‘electronic Know-Your-Customer’ atau satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Proses e-KYC membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan. Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.

Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3 e-KYC

Siapa Yang Perlu Buat e-KYC ?

  • Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
  • Ahli yang baru kali pertama mohon pengeluaran
  • Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3( Flexible) lebih dari RM 250
  • Ahli yang buat penukaran no akaun bank selain daripada akaun bank yg ada dalam rekod data KWSP

Sistem KWSP akan minta anda upload IC.
Jika upload IC tidak berjaya, maka anda kena hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.

Cara Buat e-KYC

Anda boleh mendaftarkan akaun i-Akaun KWSP anda melalui eKYC dengan mengikuti langkah-langkah dalam infografik berikut:

Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3 e-KYC

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-KYC KWSP, sila layari laman web rasmi di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/member/overview/registration/ekyc

Tentang Penstrukturan Semula Akaun KWSP & Pengeluaran Akaun 3

Sebelum ini, KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Menerusi Akaun Persaraan, sebanyak 75 peratus daripada jumlah caruman bulanan akan ditolak sebagai simpanan pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel iaitu 10 peratus daripada caruman setiap bulan itu, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Namun, bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) dan diletakkan di dalam Akaun Fleksibel (akaun 3), mereka boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi i-Akaun.

Bagaimanapun, tidak semua wang dalam simpanan Akaun Sejahtera itu boleh dipindahkan kerana ia tertakluk kepada perkiraan tertentu.

Pencarum dibenarkan membuat pemilihan bagi pindahan akaun hanya sekali sahaja dalam tempoh bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top