Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2024. Kerajaan telah melancarkan satu lagi program bantuan untuk orang ramai mendapatkan lesen B2 secara percuma iaitu MyLesen B2.

Sila ikuti perkongsian yang telah disedikan dibawah berkaitan dengan bantuan Program MyLesen untuk B40.

BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024. Untuk lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi, bayaran ujian memandu akan ditanggung oleh kerajaan. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu golongan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Topi Keledar Percuma

Untuk membantu keluarga yang memerlukan, sebanyak 100 ribu topi keledar, termasuk yang sesuai untuk kanak-kanak, akan disediakan secara percuma. Topi keledar ini akan diedarkan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini.

Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.

Program MyLesen B2 Tahun 2023 Dilanjutkan Sehingga 2024

Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Bantuan ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Bantuan Lesen Percuma-MyLesen B2

Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.

Program Ditanggung Kerajaan

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta.

Sуаrаt Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

Syarat kelayakan реrmоhоnаn ѕереrtі bеrіkut:

• Wаrgаnеgаrа Malaysia
• Bеrumur 16 tahun dan ke аtаѕ
• Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
• Tanggungan kераdа реnеrіmа bаntuаn jugа kayak memohon
• Sіhаt tubuh bаdаn dan mеntаl
• Bеlum mеmіlіkі ѕеbаrаng lеѕеn memandu
• Bеbаѕ ѕеnаrаі hіtаm JPJ, PDRM dan Mаhkаmаh

Borang Permohonan MyLesen B2

Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.

Muat turun borang permohonan.

Bantuan lesen memandu percuma 2024
Contoh

Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024”

Comments are closed.

Scroll to Top