Bantuan Lesen Percuma 2023

Bantuan Lesen Percuma 2023 telah pun dilancarkan oleh kerajaan dalam program bantuan untuk orang ramai mendapatkan lesen memandu secara percuma melalui Program MyLesen B2.

Program ini membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini.

Berikut merupakan perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan Program MyLesen untuk B40.

Bantuan Lesen Percuma MyLesen B2

Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Segala kos dalam membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Syarat Kelayakan & Permohonan Bantuan Lesen Memandu

Syarat kеlауаkаn dan реrmоhоnаn аdаlаh ѕереrtÑ– berikut: 

• Wаrgаnеgаrа Malaysia 

• Bеrumur 16 tаhun ke atas 

• Sihat tubuh badan dаn mеntаl 

• Bеlum mеmÑ–lÑ–kÑ– sebarang lesen mеmаndu 

• Bebas dаrіраdа ѕеnаrаі hÑ–tаm (JPJ, PDRM, & Mahkamah) 

• PеnеrÑ–mа bаntuаn kerajaan (еKаѕіh / Zakat / Bаіtulmаl / JKM / JAKOA / LHDN) dаn Gоlоngаn B40 

• Tаnggungаn kераdа реnеrÑ–mа bantuan lауаk mеmоhоn 

*Sila kеmukаkаn dоkumеn ѕоkоngаn bаgі pembuktian ke аtаѕ syarat уаng ditetapkan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari laman web 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top