Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibenarkan Melalui Akaun 2

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibenarkan Melalui Akaun 2, dengan syarat-syarat tertentu. Pengeluaran KWSP bersyarat yang baru membolehkan pencarum memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Untuk makluman, pengeluaran ini dapat dilakukan sehingga maksimum RM50,000. Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara untuk mohon.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Sehingga kini, seramai 4 juta ahli KWSP telahpun memohon. FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 FSA2

Untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank, FSA2 membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal untuk Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

Untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan, ahli boleh menggunakan simpanan dalam akaun 2. Bayaran pengeluaran akan dibuat terus kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur pengeluaran yang dipilih, iaitu antara 50 hingga 55 tahun.

Ahli perlu mematuhi syarat pembayaran ansuran bulanan yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan, tanpa sebarang kelewatan atau kecuaian.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan pengeluaran KWSP ini. Antaranya :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa cara untuk memohon pengeluaran KWSP tersebut : 

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

LANGKAH 3

  • Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di https://www.kwsp.gov.my/fsa2

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai FSA2, anda boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran ini:

Ahli boleh melawat pautan-pautan tersebut untuk menyemak kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top